Thursday, July 28, 2011

~~ nak share wahai kaum hawa ~~

`KHABAR BAIK BAGI SEORANG WANITA`

" Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai" (hadis Riwayat Ahmad).


  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
  • Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  • Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
  • Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara,  malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  • Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
  • Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
  • Tahukah anda bahwa bila seorang wanita masuk neraka, 4 orang laki-laki yang akan ditarik oleh mereka adalah : Ayahnya, Suaminya, Saudaranya, dan Anak laki-lakinya, karena mereka yang turut bertanggung jawab atas perilaku si wanita itu sehingga menjadikan dia masuk neraka. maka dari itu hati-hatilah wahai laki-laki.
  • Imam Ja’far pernah berkata : sesungguhnya Di surga lebih banyak bidadari daripada laki-laki mukmin, dan bidadari itu seorang perempuan.
  • Umar ra. diam setiap kali istrinya memarahinya. Aku membiarkannya, kata Umar, karena istriku memasak, mencuci, mengurus anak-anak, padahal semua itu bukan kewajiban dia.
  • Ketika Aisyah ditanya apa yang dilakukan Rasulullah di rumahnya, ia berkata : “Nabi melayani keperluan istrinya menyapu rumah, menjahit baju, memperbaiki sandal, dan memerah susu”.
  • Nabi berkata, “Begitu pula laki-laki menanggung dosa yang sama seperti itu bila ia menyakiti dan berbuat zalim kepada istrinya”.
  • “Ketika ada sahabat yang mengeluh karena semua anaknya perempuan, Nabi berkata, “Jika ada yang mempunyai anak perempuan saja, kemudian ia memeliharanya dengan sebaik-baiknya, anak perempuan itu akan menjadi penghalang baginya dari api neraka (HR Muslim).

Thursday, July 7, 2011

~~happy utk both of u...~~

pagi2..masuk2 keje...terus terbace comen2 dari 2 org member sy ni kat fb (zil n ha)....diorang cakap masing2 dah ade...cam terkejut sikit bile yg sorg ni bgtau dia pn same....sy just tau yg sorang ni jer....x puas ati terus call dia...banyak kali call xdapat2....terus call no umah dia...dapat bercakap ngn dia...pastu dengan nada suare yg penat cam org ngah mabuk...:)


borak2 lah ngn dia...dia cakap kandungan dia sebaya ngn kandungan ha...dah 5minggu 4 hari....n ha dah 5 minggu 2 hari....beza cume 2 hari je kan....bestnye bile dapat tau pasal korang dah pregnant.....aku doakan korang jg kandungan n kesihatan korang bebaik yer....


zil...ko banyak kn rehat tau...jgn wat keje berat2 yer...kalau blh jgn angkat yg berat2...kandungan tu bau je lg tu....dah lame ko tunggu saat ni kan...bile dah dapat ni...ko jglah bebaik tau...jgn selalu gaduh or bertengkar ngn aman tau...xbaik....mesti bile ko dapat tau pasal ni ko rase indah sgt dunia ko kan....aku dapat rasekan kebahagiaan di mate ko...aku tumpang gembira utk ko zil.....:)


ha...ko pn same tau...jg diri bebaik....jgn selalu tension2 tau...nua tu syg kat ko...jg dia bebaik tau...pape jgn lupe bgtau kat aku...aku suke lah bile dapat tau ko n zil dah ........bile lah mase aku akan sampai kan...hahhahahaha....


p/s: zil n ha....aku sayangkan korang.....:)

Saturday, June 18, 2011

RENUNGAN BERSAMA

hahahhha...sahabat...maaflah ye...saye tertarik ngn ni n saya pn copy n paste kat blog sy ni....huhuhuhuhu...jgn marah ye....:)



~PanDuan MemiLih iSteRi~

"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah." - Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a
Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:


Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa: 'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.

Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula. Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.


Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikkannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.


Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.


Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu ibu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki 
Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.


Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.


Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

Wednesday, June 8, 2011

CUKUPLAH !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

hhhhmmm....baru terbace blog seseorang...sakit lak hati ni bile bace kat blog dia...nape lh masih nak mengharap pade orng yg cam tu????BUANG MASE....

nape lah asyk ko je yg nak tunggu dia????dah dia buat macam2 kat ko....nape masih nak tggu org cam tu gak????adussshhhh...boleh pikir kan....sudah lah....lupe kan je lah orang cam tu yer....penantian yg sia2 jelah...lupe kan je lah...

napelah nak buang mase ngn dak camtu????kaki perempuan je tu.....cari lah yg lebih baik dari dia...xsuke lah dgr ko cakap akan tunggu dia....NOTHING k.....so PLEASE.....!!!!!

Wednesday, May 4, 2011

Dapat cakap ngan ayah....

hurry....happy nye dapat cakap ngn ayah smlm......dah banyak kali try call no tu....baru dapat smlm....alhamdulillah...


tggal lagi 4 hari je nak menuggu kepulangan mak n ayah...x sabar rase nye ni...:) semoge mak n ayah sentiase sihat2 je di tanah suci tu....alang doakan mak ayah sihat selalu n dapat menunaikan ibadah dengan tenang....amin....:)

Saturday, March 19, 2011

BuDak CoMeiiii!!!!!!!!

ni lah anak buah ku punye riaksi.....dah lah comel....geram je tgk dia....:)

comel kan....

                                        bulat nye lah mate dak azim ni.....:)

                            wahhh...dah bukak mulut tu nak bersuarelah tu kan....

dah start lah tu kan....huhuhuhu...:)

 tengok tu....suke sangat kan....:)

                                       cantik lah senyum tu yer.....

                                           oh....nak dukung rupenye eh......:)

sapelah yg nak dukung dia tu kan..... makin besar kan mulut tu....suare lg lah kuat kan....azim....azim.....:)




Tuesday, March 15, 2011

satu injection hinggap.....:)

hahahhaha......selame seminggu tahan sakit kat pinggang ni....sampai lah dah tak tahan sangat n aku g klinik utk check....yg doktor cakap hanye lah urat simpul...huuhuhu...tarik nafas lege aku.....tapi 1 injection telah hinggap di punggung bagi ubat tahan sakit....hari ni alhamdulillah.....dah ok dah rasenye.....:)