Saturday, August 30, 2014

count down.....

Alhamdulillah.....
sekejap je rase mase berlalu....dh 2thn dh usia perkahwinan kami....tepat 31 ogos ni....

Ya Allah ya tuhan ku, KAU berkatilah  hubungan kami suami isteri hingga ke jannah mu Ya Allah...KAU berikan lah kebahagiaan buat kami dan KAU lengkapkan lah rumahtangga kami Ya Allah.....Amin ya rabbal a'lamin....

(,")(",) u n me till Jannah suami ku... (,")(",)

Thursday, August 1, 2013

Pejam Celik Pejam Celik...

Assalamualaikum....

alhamdulillah....just nak share jer...pejam celik pejam celik..tibe2 dah masuk tahun ke 4 dah keje ngn company ni...Ya Allah..terima kasih atas rezeki yg KAU beri kepada ku ini...

ini bermakne, dah hampir 5 thn lah sy ni bekerja ngn call center kan...huhhuhuhu...mmg rezeki di call center lah tu kan...28 Oktober 2008 sampailah 31 Julai 2009 duduk call center ngan exxon mobile...01 Ogos 2009 hingga lah kini berkhidmat di call center TM...huhuhuhuu...

punyelah sy ni x suke bile dapat tau duduk department call center mase mule2 dulu..tp tau2 je dah hampir 5 thn duduk dalam call center kan...hahahahahaha...rezki dari Allah...Alhamdulillah..

Ni nak cite pasal sahabat yg telah membantu sy keje di Sapura n TM...terima kasih yg x terhingga buat kamu wahai Cik Pijon...tanpa kamu mungkin sy x berada di sini kot....terima kasih ye sahabat...akan ku kenang jasa kamu sampai bile2...

#Cita2 tercapai juga akhirnya untuk berkhidmat bersama TM...hihihihihi...memang cita2 dari zaman sekolah rendah nak keje ngn TM...sebabnye...nak ikut jejak ayah tersayang...sekarang ni, dah dapat meneruskan perjuangan ayah..ayah dah pun pencen 2thn lepas....huuhuhuhuhu...v(^____^)v

Monday, March 11, 2013

Allah sentiase bersama ku...In Sha Allah...

share dari blog zairidanfif...:) utk diri ku n yg lain....

KENAPA AKU DIUJI? 

• Surah Al-Ankabut ayat 2-3

•Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang
yang dusta.

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU
IDAM-IDAMKAN?


• Surah Al-Baqarah ayat 216

• Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

• Surah Al-Baqarah ayat 286

• Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

RASA FRUST?

• Surah Al-Imran ayat 139

• Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

• Surah Al-Imran ayat 200

• Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah
supaya kamu beruntung.

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

• Surah Al-Baqarah ayat 45

• Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?

• Surah At-Taubah ayat 111

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

• Surah At-Taubah ayat 129

• Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

• Surah Yusuf ayat 87

• Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Surah An-Nisaa' ayat 86

• Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah
(dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah
memperhitungkan segala sesuatu.

dah terjawabkan ape yang tersimpan di dalam hati.. jadi bile kite rase sangat2 depress elok la kite bace ape yang ade kat atas ni.. inshaAllah kite akan dapat manfaatnye..

Thursday, January 3, 2013

begini lebih tenang....:-)

alhamdulillah.....dengan cara mendiamkan diri cam ni lg baik....tenang sikit rasenya....xpelah....bukan senang kite nak puas kan ati org...xpelah...selagi rezki ku di sini, aku akn teruskan di sini....n kalau ade rezki di tempat lain...y not aku ambik je kan....

mudah2an aku diberi kesabaran yg kuat dlm menjalani hari2 ku....aku bahagia n happy slalu di sisi suami tercinta n famly yg baik2....

masanya utk mementingkan diri sendiri je skrg ni....xyah nak ambik tau sgt dh pasal org lain....sbb x smua yg kite buat akn menggembirakan hati org.....hahahahaha.....fokus pd dr sendiri,famly n org yg btl2 rapat ngn kite jer.....yg lain tu abaikan je....lalalalalala......

duduk diam2 kat tempat sendiri n buat keje....habis time keje balik je...xyah nak susuh2 dh buat keje lg kalau dh habis time keje...buang mase je....kihkihkihkih.....(^____^)

pesanan buat hatiku.....
bersabarlah....Allah sentiase ade dekat dengan mu....dekatkan lah diri dgn Allah....janji Allah itu adalah pasti.....amin.....:)

Friday, November 30, 2012

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari 
waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda.jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :


1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...

Tuesday, November 13, 2012

balik haji 11/11/2012

alhamdulillah...pakusu n ucu telah selamat kembali dari tanah suci mekkah pada 11/11/2012 @0155hrs di KLIA....thn lepas 12/11/2011 time mak ayah aku yg balik dari tanah suci....(nak jugak)....sedih bile tgk ucu n pakusu...mengalir gak lah air mate ni...tp alhamdulillah semuanye selamat...sementara menunggu ketibaat tetamu Allah tu, sempat jugak lah kitorang ni berposing cam biase lah kan...hiihihihi....tu lah yg di namakan cucu baheram....huhuhhuhu...(",)

cam nilah dia kerenah kami semua...huhuhuhu...

geng lelaki....(^_^)

gurlz geng...(^_*)

3 beradik yg x sabar menanti ketibaan ayahanda bonda...

with zila (mum to be)...(*_*)

with mak long,ateh n ijah...

mesti ade punye gambar aku bersama suami tercinta...(^_^)

angah sekeluarga....(^_*)

akhirnya pakusu n ucu kua...yea....:)

sesi bersalaman....(",)

keceriaan di wajah ucu n pak usu...alhamdulillah keduanye selamat sampai...

bergambar bersama haji n hajjah sebelum keluar dari KLIA...

mak ayah ku yg berjalan menuju ke lif utk pulang ke beranang...

bergambar dalam lif pun boleh....:)

begitulah kisah menanti kepulangan ucu n pakusu...semoge ucu n pakusu sihat2 sentiase setelah berade di tanah suci lebih kurang 40 hari...semoge dikurniakan haji yg mabrur...insyaAllah...(,")(",)




Saturday, October 27, 2012

Tahan Marah

Antara cara-cara nak tahan marah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak- tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina. 

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah. 

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi. 

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

 f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan. 

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara. 

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

 i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. 

j)Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.